Wednesday, April 21, 2010

Temuduga Dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?




















Hari ni saya nak cerita satu topik penting iaitu Dalam Temuduga Kena BM ke BI?

Ni antara soalan yang famous yang sering ditanya ramai. Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap ‘YES/ NO’ saja… hehehe…

Dalam temuduga kerja kerajaan, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). Panel penemuduga akan menyoal anda dalam BI. Mungkin bukan 100% BI tapi biasanya dalam 30 -70 % BI akan digunakan.

Mengapa dalam kerja kerajaan ni interview dalam BI? Kan dalam sektor awam BM amat diutamakan?

Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi BI juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan-urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan-urusan dokumentasi dan sebagainya.

Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam-macam bangsa, bermacam-macam ragam orang. Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, BI digunakan…

Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa BI penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, anda akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris..

Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk….

Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut?

· Tatabahasanya?

· Komunikasinya?

· Pemahamannya?

Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah
“MAMPUKAH KITA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?”

Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris seperti omputih dalam TV tu..

Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam Inggeris… Hentam sajalah!

Jika anda ditanya soalan dalam BI, maka jawablah dalam BI. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya
“What is your name?” anda jawab “Nama saya Joyah bt Abu”

Biasanya soalan paling famous ditanya dalam BI ini adalah :
“Please Introduce Yourself”.
Soalan ni memang la kacang… Tapi adakah kita mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat-ingatlah sikit…

Tu baru soalan yang ‘simple-simple’. Belum soalan susah lagi… Jika anda ditanya soalan seperti ini : “What do you know about PIN (Pelan Integriti Nasional)? Please explain….
”Haaaaaa…Camne nak jawab beb? Berbelit-belit lidah nak menerangkannya nanti…

Apapun jika kita sememangnya lemah dalam BI, memang akan bermasalah…

Kenapa kebanyakkan kita ni lemah dalam BI ha? Padahal kita belajar BI ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggalah ke 23 tahun… Nak dekat 20 tahun belajar BI tapi tak reti-reti cakap BI…Apa salahnya…? Diri sendiri yang tahu ;-)

So, apakah persediaan BI anda untuk menghadiri temuduga? Di sini ada beberapa kaedah:

1. Baca paper BI setiap hari. Tak perlu banyak.

2. Tak faham makna buka kamus… Jangan malas…

3. Dengar lagu Inggeris… Tak kira la rap ke, rock ke…

4. Tonton movie BI – yang ada subtitle BM dan BI… Syok ni, sambil berhibur kita belajar…

5. Bercakap BI dengan kawan-kawan secara melawak… Tak kisah la ayatnya tunggang-langgang… Ini banyak membantu…

6. Bercakap dalam BI depan cermin… Ini cara belajar juga ni… ;-)

7. Belajar basic grammar saja, past tense dengan present tense pun dah cukup :)

8. Jangan baca buku BI yang tebal-tebal macam buku teks tu.. Pening nanti…

9. Dan bermacam-macam cara lagi yang boleh kita buat.

Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu untuk masa depan dan juga kehidupan seharian…

Di sini ada SATU PANDUAN UNTUK MAHIR DALAM BERCAKAP BAHASA. Mungkin kaedah yang dipekenalkan ini dapat membantu kita semua dalam menguasai Bahasa Inggeris. Siapa tahu? Anda boleh klik iklan di sebelah untuk baca info selanjutnya. Atau KLIK SINI

Sekian saja tips kali ni... Jumpa lagi… (^_^)/

No comments:

Post a Comment