Sunday, April 18, 2010

Mengapa Anda Berminat Dengan Kerja Kerajaan?

Cuba lihat tajuk post di atas? Anda pasti sering tertanya soalan sebegitu bukan? Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh sesetengah calon yang menghadiri temuduga bagi sektor awam.










Adakah jawapan anda seperti ini?

“Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya terjamin berbanding kerja swasta.”

atau

“Saya minat kerja kerajaan ini sebab ayah saya juga kerja di sektor awam”

atau

“Saya datang je temuduga kerja kerajaan ini, mana tahu ada rezeki”

Atau

“Banyak kelebihan jika saya dapat kerja kerajaan ini. Cuti banyak!”

atau

“Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di sektor awam”

Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh calon apabila ditanya soalan cepumas ini. Adakah salah jawapan-jawapan ini? TIDAK, ianya adalah OK, tapi kurang tepat atau kurang sesuai.

Mahukah anda tahu jawapan yang sesuai bagi soalan yang ditanyakan ini?

Tunggu jap :) Saya bagi jawapan yang sesuai untuk anda ketahui. Sebenarnya, untuk soalan ini, bermacam-macam jawapan boleh diberikan oleh anda. Contoh-contoh jawapan yang disyorkan adalah seperti berikut:

"Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:"

· Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

· Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara.

· Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.

· Saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

· Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata ”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.

· Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan-
kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.

Bagaimana dengan jawapan-jawapan yang disyorkan tersebut? Anda bersetuju? Jika anda mahu tahu, itulah jawapan yang lebih sesuai berbanding jawapan ringkas yang diberikan sebelum ini.


No comments:

Post a Comment