Wednesday, May 12, 2010

Anda Beremosi Semasa Sesi Temuduga?












Kita sering dengar di mana calon-calon temuduga beremosi semasa dalam sesi temuduga. Contohnya:

1. Calon naik marah apabila terasa dipermain-mainkan oleh panel penemuduga.. Psiko sikit dan melenting!

2. Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga.

3. Calon merasakan diri mereka sangat hebat sehingga memperlekeh-lekehkan panel penemuduga.

4. Calon terlalu sedih menceritakan kesusahan hidup, sehingga merayu-rayu kepada panel “tolonglah encik… kasihanilah saya encik” sambil menangis teresak-esak..

5. Calon amat berlagak, menceritakan dia anak Datuk, saudara menteri, ada kabel baik punya…

6. Calon memuncungkan bibir apabila tidak suka akan panel yang menemuduga kerana bagi soalan power.

7. Dan bermacam-macam ragam lagi la…

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya kita akan ditanyakan soalan-soalan yang kita kurang bersedia dan mampu menyentuh emosi kita. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah ‘mencabar’ kewibawaan kita. Senang cerita ‘psiko’ la tu…
Apa yang perlu kita lakukan adalah :

1. Ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang menguji kita. Umpama orang yang sedang berlakon drama. Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat bagaimana reaksi kita. Dari situ mereka boleh menilai akan keperibadian diri kita yang sebenarnya. Adakah kita seorang yang sensitif, garang, bersabar, tenang dan lain-lain.

2. Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan berbentuk provokasi ini. Mengapa? Dengan berbuat sebegini, kita akan menjadi lebih berkeyakinan dan bersemangat dan tidak mudah diprovokasikan.

3. Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendahkan diri secara sederhana (jangan terlalu merendah diri). Hormati penemuduga kita, kerana merekalah yang menentukan samada kita berjaya atau tidak dalam temuduga tersebut.

4. Tenangkan diri kita sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan kita untuk membidas. Ambil masa sedikit sebelum menjawab soalan yang ditanya. Fikir betul-betul.

5. Banyakkan senyuman. Ya senyuman itu adalah penawar. Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan juga orang yang melihat senyuman kita.

6. Berikan penekanan dalam jawapan kita yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian kita yang tidak boleh dicapai orang lain. Kiranya kita rasakan kita memang berkelebihan dalam sesuatu bidang.

7. Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap pekerjaan yang ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap ‘excited’ kita kepada panel penemuduga. Penemuduga akan melihat kita sebagai seorang yang benar-benar inginkan jawatan yang dimohon.

Sekian untuk tips kali ini. Salam… ;-)