Wednesday, May 12, 2010

Anda Beremosi Semasa Sesi Temuduga?












Kita sering dengar di mana calon-calon temuduga beremosi semasa dalam sesi temuduga. Contohnya:

1. Calon naik marah apabila terasa dipermain-mainkan oleh panel penemuduga.. Psiko sikit dan melenting!

2. Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga.

3. Calon merasakan diri mereka sangat hebat sehingga memperlekeh-lekehkan panel penemuduga.

4. Calon terlalu sedih menceritakan kesusahan hidup, sehingga merayu-rayu kepada panel “tolonglah encik… kasihanilah saya encik” sambil menangis teresak-esak..

5. Calon amat berlagak, menceritakan dia anak Datuk, saudara menteri, ada kabel baik punya…

6. Calon memuncungkan bibir apabila tidak suka akan panel yang menemuduga kerana bagi soalan power.

7. Dan bermacam-macam ragam lagi la…

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya kita akan ditanyakan soalan-soalan yang kita kurang bersedia dan mampu menyentuh emosi kita. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah ‘mencabar’ kewibawaan kita. Senang cerita ‘psiko’ la tu…
Apa yang perlu kita lakukan adalah :

1. Ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang menguji kita. Umpama orang yang sedang berlakon drama. Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat bagaimana reaksi kita. Dari situ mereka boleh menilai akan keperibadian diri kita yang sebenarnya. Adakah kita seorang yang sensitif, garang, bersabar, tenang dan lain-lain.

2. Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan berbentuk provokasi ini. Mengapa? Dengan berbuat sebegini, kita akan menjadi lebih berkeyakinan dan bersemangat dan tidak mudah diprovokasikan.

3. Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendahkan diri secara sederhana (jangan terlalu merendah diri). Hormati penemuduga kita, kerana merekalah yang menentukan samada kita berjaya atau tidak dalam temuduga tersebut.

4. Tenangkan diri kita sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan kita untuk membidas. Ambil masa sedikit sebelum menjawab soalan yang ditanya. Fikir betul-betul.

5. Banyakkan senyuman. Ya senyuman itu adalah penawar. Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan juga orang yang melihat senyuman kita.

6. Berikan penekanan dalam jawapan kita yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian kita yang tidak boleh dicapai orang lain. Kiranya kita rasakan kita memang berkelebihan dalam sesuatu bidang.

7. Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap pekerjaan yang ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap ‘excited’ kita kepada panel penemuduga. Penemuduga akan melihat kita sebagai seorang yang benar-benar inginkan jawatan yang dimohon.

Sekian untuk tips kali ini. Salam… ;-)

Monday, May 3, 2010

Gugup, gemuruh, gagap semasa ditemuduga?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!









Kali ni saya ingin berkongsi satu tips semasa menghadiri temuduga. Bagaimana ingin menghilangkan rasa nervous atau gugup/gemuruh semasa menghadiri temuduga nanti. Apa yang perlu anda buat apabila gemuruh adalah :

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa - fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!

2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang seterusnya.

3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat.

4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.

5. Lagi satu tips saya, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.

6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin.

Itu sajalah tips dari saya untuk menghilangkan rasa nervous, gugup atau pun gemuruh semasa temuduga nanti.

Semoga bermanfaat buat kita semua...

Anda Ditanya "Perkenalkan Diri Anda"

Topik kali ini adalah berkenaan….

“Perkenalkan Diri Anda”





Wah, kacangnya soalan….

Ya. Memang amat mudah soalannya…

Tapi, adakah anda mudah menjawabnya? Ok, mari kita baca di bawah ini:

Biasanya setelah anda duduk, panel penemuduga akan mula menyoal anda. Soalan pertama adalah “sila perkenalkan diri anda” ataupun “please introduce yourself”.

Bagaimana anda ingin menjawabnya? Soalannya memang mudah, akan tetapi adakah jawapan anda berikan memang ingin didengari oleh panel penemuduga sepenuhnya. Ada calon apabila ditanya soalan “kacang” ini, berbuih-buih mulut bercakap tanpa henti menceritakan perihal kehidupannya seolah-olah panel penemuduga itu hendak berkenalan sangat dengannya.

Sebenarnya yang paling penting adalah, anda hanya perlu menceritakan perihal keluarga anda sedikit saja. Yang paling ingin didengari oleh penemuduga di sini adalah mengenai bidang yang anda pelajari semasa di universiti ataupun kolej dan juga pengalaman bekerja anda, TIDAK KIRA APAPUN PEKERJAAN YANG PERNAH ANDA BUAT SEBELUM INI.

Tunjukkan yang kita komited dalam urusan kerja. Ini mampu merubah markah yang diberi oleh panel penemuduga tadi.

Saya ulangi lagi, apa yang perlu anda tumpukan semasa menjawab soalan ini adalah:

1. Perihal diri sedikit saja (jika anda orang susah, ceritakan sedikit kesusahan anda) - ada rahsianya :)

2. Subjek-subjek yang anda ambil semasa belajar dan kaitannya dengan pekerjaan yang anda mohon. Jangan sekadar teori saja.

3. Pengalaman bekerja anda. Jika baru grad, jangan katakan anda langsung tidak pernah bekerja. Kerja sambilan pun tidak mengapa... Pandai-pandai la... ;-)

Sekian saja dari saya…