Wednesday, April 21, 2010

Salah Anggapan Calon Temuduga

Biasanya, kita beranggapan kita sudah membuat yang terbaik semasa temuduga dan berasa yakin akan lulus temuduga tersebut sekiranya kita:







1. Memiliki kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma ataupun Sijil

Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA 3.5 atas yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika anda memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan tetapi tidak “menyerlah” semasa sesi temuduga anda juga boleh gagal. Ramai calon yang beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja kerajaan.

2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap Semasa Temuduga

Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap yang kita ucapkan haruslah berkaitan dengan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.

3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “peluang” Untuk Lulus Temuduga

Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan temuduga, tidak semestinya jika kita ditemuduga 30-45 minit menandakan kita berjaya. Semuanya bergantung kepada kualiti kita dalam proses temuduga tersebut samada dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri, kelayakan, bakat, kreatif , dan lain-lain lagi.

4. Ada Surat Sokongan/Kabel

Sekiranya kita memiliki kabel ataupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan. Ada kabel sahaja tidak berguna jika semasa temuduga menggelabah dan gagal menawan hati panel penemuduga. Daripada pemerhatian para pakar, kebanyakan calon yang berjaya dalam temuduga tersebut adalah mereka yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman. Apa yang sdiketahui, melalui temuduga SPA, boleh dikatakan tiada calon yang menggunakan kabel yang berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya calon tersebut memang benar-benar tidak layak. Lagipun, cuba kita fikirkan, kita mahukan pekerjaan yang tetap secara halal dan bersih serta juga adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat pekerjaan tetap secara tidak bersih dan tidak jujur?

5. Senang Saja Soalan Yang Ditanya

Ini satu lagi anggapan salah yang sering difikirkan oleh calon. Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yang ditanya kita akan lulus temuduga tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat menjawab soalan yang berjaya dalam temuduga tersebut. Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya.. Jika soalan ditanya contohnya “Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5? Adakah anda jawab Datuk Seri Najib Razak? Fikir-fikirkanlah cara anda menjawab yang sesuai…

6. Panel Penemuduga Sukakan Saya

Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu… Ini semua taktik saja... Hehe... Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria. Ada 2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar disukai atau mereka sekadar menjaga hati kita saja. Jadi jangan la gembira sangat tau… ;-)

Kesimpulan :

Tidak salah kita beranggapan kita akan berjaya berdasarkan dengan anggapan-anggapan yang telah dinyatakan di atas. Ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dan berfikiran positif selalu.

Akan tetapi, kita tidak boleh pula terlalu yakin..Kelak, jika keputusan yang keluar adalah mengecewakan frust menonggeng pula kita, kan.. Jadi walau apapun, kita hendaklah membuat yang terbaik untuk sesi temuduga tersebut dan jangan lupa berdoa kepada ALLAH semoga kita akan memeperoleh kejayaan dalam temuduga tersebut.

Sekian saja informasi kali ini. Terima kasih. ;-)

Soalan Apa Yang Ditanya Oleh Penemuduga?












Adakah anda boleh meramalkan apakah soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga kelak? Tidak boleh! Tidak, anda sebenarnya boleh meramalkan soalan yang bakal ditanya semasa temuduga nanti. Di sini saya memberikan beberapa tips khusus bagaimana untuk meneka soalan yang ditanya oleh penemuduga.

Tips 1 – Ketahui Dan Fahami Apakah Bidang Kerjaya Anda

Tahukah anda bahawa kebanyakan penemuduga sering bertanya mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan menyoal kita habis-habisan mengenai kerjaya semasa anda. Kadang-kala soalan-soalan yangditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian temuduga

Tips 2 – Peka Terhadap Isu Semasa Dan Pengetahuan Am.

Ini adalah merupakan antara yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Jadi, anda dapat mengetahui bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa anda sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

Tips 3 - Bertanya Pada Mereka Yang Ada Pengalaman Temuduga Kerja Kerajaan.

Ya, hal ni juga tidak kurang pentingnya dalam menjangka soalan temuduga yang bakal anda hadapi. Cuba anda bertanya pada rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka semasa mereka menghadiri temuduga tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda Manatahu soalan tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya kepada anda. Sudah pasti anda dapat menjawabnya.

Tips 4 – Menganggap Diri Sendiri Sebagai Penemuduga.

Haha, tips ni agak istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Cuba anda bayangkan, sebagai seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah anda akan bertanyakan latar belakangnya, pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya,..dan lain-lain. Ini boleh anda bayangkan…

Tips 5 – Baca E-book Temuduga Kerja Kerajaan.

Sambil bagi tips sambil promote. Ebook ini akan membantu anda meramalkan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga. Terdapat 70 koleksi skema soalan dan jawapan yang biasa ditanya dalam temuduga. Juga ebook Teknik Menjawab Soalan Temuduga, ianya amat bagus untuk anda baca. Sudah banyak yang menghantar email bahawa hampir 50 – 70% soalan yang ditanya semasa temuduga hampir sama dengan apa yang ada dalam panduan ini. Maklumat lanjut sila KLIK SINI

Ok, sekian saja tips saya kali ini. Kepada sesiapa yang bakal menghadiri temuduga tu, saya ucapkan Selamat Maju Jaya dan saya berdoa agar anda berjaya.

Temuduga Dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?




















Hari ni saya nak cerita satu topik penting iaitu Dalam Temuduga Kena BM ke BI?

Ni antara soalan yang famous yang sering ditanya ramai. Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap ‘YES/ NO’ saja… hehehe…

Dalam temuduga kerja kerajaan, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). Panel penemuduga akan menyoal anda dalam BI. Mungkin bukan 100% BI tapi biasanya dalam 30 -70 % BI akan digunakan.

Mengapa dalam kerja kerajaan ni interview dalam BI? Kan dalam sektor awam BM amat diutamakan?

Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi BI juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan-urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan-urusan dokumentasi dan sebagainya.

Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam-macam bangsa, bermacam-macam ragam orang. Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, BI digunakan…

Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa BI penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, anda akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris..

Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk….

Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut?

· Tatabahasanya?

· Komunikasinya?

· Pemahamannya?

Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah
“MAMPUKAH KITA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?”

Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris seperti omputih dalam TV tu..

Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam Inggeris… Hentam sajalah!

Jika anda ditanya soalan dalam BI, maka jawablah dalam BI. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya
“What is your name?” anda jawab “Nama saya Joyah bt Abu”

Biasanya soalan paling famous ditanya dalam BI ini adalah :
“Please Introduce Yourself”.
Soalan ni memang la kacang… Tapi adakah kita mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat-ingatlah sikit…

Tu baru soalan yang ‘simple-simple’. Belum soalan susah lagi… Jika anda ditanya soalan seperti ini : “What do you know about PIN (Pelan Integriti Nasional)? Please explain….
”Haaaaaa…Camne nak jawab beb? Berbelit-belit lidah nak menerangkannya nanti…

Apapun jika kita sememangnya lemah dalam BI, memang akan bermasalah…

Kenapa kebanyakkan kita ni lemah dalam BI ha? Padahal kita belajar BI ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggalah ke 23 tahun… Nak dekat 20 tahun belajar BI tapi tak reti-reti cakap BI…Apa salahnya…? Diri sendiri yang tahu ;-)

So, apakah persediaan BI anda untuk menghadiri temuduga? Di sini ada beberapa kaedah:

1. Baca paper BI setiap hari. Tak perlu banyak.

2. Tak faham makna buka kamus… Jangan malas…

3. Dengar lagu Inggeris… Tak kira la rap ke, rock ke…

4. Tonton movie BI – yang ada subtitle BM dan BI… Syok ni, sambil berhibur kita belajar…

5. Bercakap BI dengan kawan-kawan secara melawak… Tak kisah la ayatnya tunggang-langgang… Ini banyak membantu…

6. Bercakap dalam BI depan cermin… Ini cara belajar juga ni… ;-)

7. Belajar basic grammar saja, past tense dengan present tense pun dah cukup :)

8. Jangan baca buku BI yang tebal-tebal macam buku teks tu.. Pening nanti…

9. Dan bermacam-macam cara lagi yang boleh kita buat.

Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu untuk masa depan dan juga kehidupan seharian…

Di sini ada SATU PANDUAN UNTUK MAHIR DALAM BERCAKAP BAHASA. Mungkin kaedah yang dipekenalkan ini dapat membantu kita semua dalam menguasai Bahasa Inggeris. Siapa tahu? Anda boleh klik iklan di sebelah untuk baca info selanjutnya. Atau KLIK SINI

Sekian saja tips kali ni... Jumpa lagi… (^_^)/

Antara Sebab Kita Gagal....

Siapapun amat sukakan kerja kerajaan kerana jumlah elaun dan kestabilan pekerjaannya! Tetapi banyak yang gagal untuk melepasi halangan temuduga sebelum diserapkan di dalam sektor awam ini. Mengapa? Sanggupkah anda biarkan peluang anda terlepas begitu sahaja? Tidak kisahlah walaupun jawatan sebagai kerani kerajaan. Semuanya memerlukan kemahiran menjawab soalan temuduga untuk lulus dengan cemerlang. Bukan kabel yang besar, ijazah yang berlipat-lipat. Jika anda terketar-ketar, tidak bersedia ditemuduga, anda masih juga gagal. Beberapa sebab telah dikenalpasti menjadi punca mengapa masalah itu berlaku. Antaranya :








· calon tidak mengadakan persediaan yang secukupnya utk menghadiri temuduga

· kurang pendedahan dengan situasi seperti itu

· kurang keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri

· tidak memahami kod etika berpakaian ketika menghadiri temuduga

· gagal menyiapkan diri untuk menjadi pendengar dan penjawab soalan yang baik

· kurang tumpuan

· terlalu berserah pada takdir

· terlalu yakin sehingga merendahkan penemuduga

· tidak mahu belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman

· kurang memahami etika atau adab ketika menghadiri temuduga

· tiada inisiatif sendiri untuk mengadakan latihan-tubi

· dan banyak lagi sebab yang patut kita elakkan

Setakat ini dulu untuk kali ini............. Salam ;-)


Monday, April 19, 2010

"Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?"

Mungkin anda pernah ditanya soalan sebegini dan juga mungkin juga tidak. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan, soalan ini memang popular ditanya oleh panel penemuduga semasa sesi temuduga.

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba anda cuba menjawabnya sekarang. Jawab, jawab…. Pasti anda teragak-agak untuk menjawabnya, kan? Anda pasti terfikir seperti ini :

“Apalah aku nak jawab ni, hah? Takkan nak puji diri sendiri kot, nanti orang kata masuk bakul angkat sendiri pula”

Kebanyakkan calon temuduga gagal ketika menjawab soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini :

“Saya memang minat kerja ni, saya memang patut dapat”

“Saya memiliki CGPA tinggi, atas dari 3. Memang saya rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA tinggi macam ni di universiti.”

“Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama juga macam saya mohon ni, jadi saya memang dah tahu bagaimana kerja ni.”

“Saya memang minat dengan kerja ni dari dulu. Memang cita-cita saya dari zaman sekolah lagi.”

Dan banyak lagi jawapan yang kurang tepat diberikan oleh calon.















Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga.

Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya?

Jadi jawapan anda seharusnya begini :

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap keyakinan dan jati diri yang jitu, serta berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang yang menjalankan tugas secara teratur. Dimana setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya berpegang pada kata hikmat "GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL."

• Akhir sekali saya seorang pekerja yang berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh-contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang saya berikan.

Semoga tips kali ini dapat menyediakan diri kita dengan lebih baik semasa temuduga kelak. Apapun, persediaan sebelum temuduga adalah amat penting dibuat oleh kita.

Yang penting, kita telah membuat persediaan, keputusan samada lulus atau gagal, kita berserah kepada-Nya. Dan ingat, jangan pula jadikan kegagalan sebagai pelemah semangat untuk kita berjaya dalam hidup. Kita hanya mampu berusaha, ALLAH yang menentukannya.

Panduan Untuk Peperiksaan Bertulis Gred 41

Anda pernah GAGAL Ujian SPA?

Anda tak tahu BAGAIMANA nak LULUS?

Anda KECEWA dengan keputusan Tahun Lepas?

Saya ada berita baik untuk anda, anda tak perlu GAGAL lagi!

Anda GAGAL kerana:
- anda tak tahu format soalan
- soalan-soalan begitu banyak dan anda tergamam
- anda tak cukup persediaan
- anda tak tahu bagaimana nak bersedia
- anda tak tahu apa yang perlu dibaca
- anda tak tahu di mana rujukan tepat
- anda tak pernah buat contoh soalan
- atau mungkin anda anggap yang ianya bukan rezeki anda.

Sebenarnya, masalah UTAMA untuk kebanyakan calon peperiksaan bertulis SPA ialah tak ada satu rujukan khusus untuk membantu dan menunjuk cara tentang bagaimana nak bersedia, apa yang ditanya, bagaimana bentuk soalan, apa seksyen dan penilaian sebenar atau secara umumnya, calon tak tahu apa sebenarnya yang bakal mereka lalui.

















Secara umumnya, format peperiksaan tahun ini merangkumi 2 bahagian;

==================
Bahagian 1
==================
Seksyen A;
Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen C:
Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Seksyen D:
Esei Bahasa Melayu

Seksyen E:
Esei Bahasa Inggeris

==================
Bahagian 2
==================
Seksyen A: Ujiah Sahsiah
Merangkumi 200 soalan Ujian Sahsiah

Seksyen B: Minat
Merangkumi 227 soalan

Sebenarnya format ini adalah FORMAT LAMA untuk Ujian Bertulis M41 PTD, tetapi hanya ada sikit perubahan pada seksyen C dan tambahan Ujian Sahsiah. Yang lain semuanya sama dan saranan saya untuk anda ialah, cuba cari kawan yang pernah menduduki peperiksaan PTD, dan dapatkan pengalaman mereka kerana format dan soalan adalah hampir sama!

Tapi jika anda buat sedikit rujukan di internet mengenai Pegawai Tadbir Diplomatik, anda mesti pernah terjumpa ‘Team Tips PTD’ yang sememangnya banyak membantu ramai calon untuk berjaya menjawat jawatan PTD. Baru-baru ini mereka telah menyusun satu rujukan yang begitu komprehensif khas untuk peperiksaan bertulis Gred 41. Antara komponen yang ada dalam Pakej tersebut ialah;

===============================
Komponen 1: Diskripsi Prima
===============================
- Ianya adalah ebook utama 64 mukasurat

- Menerangkan secara terperinci setiap seksyen yang bakal ditanya

- Merangkumi analisis setiap seksyen hasil kajian kepada kertas-kertas peperiksaan yang lepas

- Mengandungi lebih 90 contoh soalan keseluruhannya merangkumi setiap seksyen

- Setiap seksyen dibahagikan kepada beberapa pecahan dengan huraian melebihi apa yang dikeluarkan untuk sebarang umum pihak SPA sendri. Jadi ianya lebih komprehensif!

- Mengandungi strategi bagaimana nak buat persediaan dan link-link rujukan utama turut disediakan

- Banyak lagi untuk diceritakan disini!

====================================
Komponen 2: Soal Jawab Inkuiri PTD
====================================
- mengandungi soalan-soalan lazim yang ditanya oleh calon PTD

- himpunan soalan-soalan dan jawapan yang tepat untuk setiap soalan

- ianya adalah soalan yang pernah ditanya oleh ’senior’ anda yang membaca blog tipsptd sebelum ini

- kebanyakan soalan yang ditanya adalah bertindih dan mereka simpulkan semuanya untuk anda, jadi anda tak perlu bertanya lagi dan meraba-raba mencari jawapan kepada soalan anda kerana semuanya pernah ditanya dahulu!

============================================
Komponen 3, 4, 5, 6:
Nota Esei (Isu Alam Sekitar, Isu Nasional, Isu Kesihatan, Isu Ekonomi)

============================================

- mengandungi pelbagai maklumat isu semasa yang dirangkum dalam 4 blok utama seperi yang disebut di atas

- anda tak perlu pening kepala lagi nak cari semua maklumat dengan menyelak akhbar, membaca majalah dan lain-lain

- semuanya telah dikumpulkan untuk memudahkan persediaan anda dan bayangkan berapa banyak masa yang boleh anda jimat

- NKRA, H1N1, KPI dan lain-lain, anda tahu semua ini? Ianya disusunkan untuk anda dalam susunan yang ringkas dan kemas!

dan banyak lagi.. Anda boleh lihat kandungan keseluruhan Pakej Rujukan tersebut di;

==> Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Gred 41

Apa yang paling menarik ialah,formatnya sudah diselaraskan dengan ‘Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam 2010′ yang merangkum 13 jawatan Perkhidmatan Awam.

Ekonomi Gawat! Mengapa Kerja Kerajaan Menjadi Pilihan?


Tanpa diduga krisis kegawatan ekonomi seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 berulang kembali.Tapi kegawatan ekonomi GLOBAL yang melanda ini bukan seperti yang berlaku pada tahun 1998 yang hanya melibatkan Asia saja, tetapi ianya lebih menakutkan dimana ianya melibatkan seluruh dunia! Ya, amat menakutkan!

Dengan krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang ini, Malaysia tidak terkecuali turut menerima kesannya. Ianya bakal menyaksikan beratus-ratus ribu pekerja diberhentikan. Apakah nasib mereka seterusnya bagi menyara kehidupan mereka dan keluarga mereka??





















Sumber: http://jtksm.mohr.gov.my

Ini perihal mereka yang diberhentikan kerja, bagaimana pula anak-anak muda kita yang bakal menamatkan pengajian di kolej-kolej dan di universiti-universiti? Harapan mereka begitu tinggi, iaitu memperoleh kerja sebaik saja menggenggam segulung ijazah ataupun sijil. Akan tetapi memandangkan MALAPETAKA DAHSYAT yang sedang melanda dunia sekarang ini yang mana ianya lebih dahsyat daripada tsunami mahupun gempabumi, tidak hairanlah akan munculnya “penanam-penanam anggur” ataupun penganggur terhormat dengan mendadaknya.

Sudahlah terpaksa membayar semula pinjaman PTPTN, nak menyara hidup pun tak mampu. Terpaksalah menebalkan muka mengharapkan simpati dari orang tua yang telah berhabis duit untuk menyediakan pelajaran buat mereka. Tapi apakan daya mereka, anak yang diharapkan mendapat jawatan tinggi dan kerja yang baik-baik terpaksa lagi mengharap belas ihsan dari mereka semata-mata kerana MALAPETAKA YANG DAHSYAT ini.

Akan tetapi, anda Tidak Akan Alami Hal Itu Jika Anda Bekerja di Sektor Awam!!
Pekerjaan sekarang ini tidak lagi selamat disebabkan kegawatan ekonomi dunia dan kemungkinan pemberhentian pekerja di sektor swasta akan menjadi semakin parah sekiranya kegawatan ekonomi dunia berterusan. Disebabkan kegawatan ekonomi yang tidak menentu masa kini, adalah sukar bagi sesiapapun untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta terutamanya sektor pembuatan. Dan kerana inilah sebabnya mengapa ramai orang berlumba-lumba ingin memohon pekerjaan tetap di sektor awam kerana ia lebih TERJAMIN dan banyak KELEBIHANNYA.

Oleh itu,tidak hairanlah mengapa terdapat beratus-ratus ribu orang telah memohon untuk berkhidmat dalam sektor awam pada zaman krisis ekonomi ini. Akan tetapi, adakah mudah untuk memasuki sektor awam ini?

FAKTA PENTING!!
Lebih 700,000 permohonan telah diterima pada tahun 2007 dan yang dipanggil temuduga adalah 350,000 untuk mengisi 38,000 jumlah kekosongan di sektor awam

Lihatlah betapa ramainya permohonan bagi mengisi kekosongan di sektor awam. Itu tahun 2007, bagaimana pula tahun 2008 yang menyaksikan bermulanya krisis ekonomi global ini. Sudah pasti bilangan permohonan untuk memasuki kerja sektor awam melebihi 1 juta orang!! Peratusan untuk anda berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan itu hanyalah 5.4 % sahaja. Sangat sukar bukan? Apapun, untuk membuatkan anda terpilih bagi kekosongan itu, anda perlu lalui dan lulus…. Dan semuanya adalah rezeki dari ALLAH yang disusuli dengan usaha dari kita.


Sunday, April 18, 2010

Ada Apa Dengan Kabel...?











Ramai orang kata kalau nak masuk bidang kerja di sektor awam ni kena ada kabel. Bukan kabel wayar tu tapi ‘orang dalam’ yang akan membantu calon temuduga dengan senang-senangnya mendapat pekerjaan yang dimohon.

Betul ke macam tu?

Kalau betul, memang tidak adil langsung! Jawatan yang sepatutnya dimiliki oleh mereka yang berkelayakan dapat kepada orang yang tidak sepatutnya.

Kalau saya, saya pun marah juga! Tapi apa boleh buat…

‘Guna Kabel’ – bermaksud seseorang calon temuduga itu cuba menggunakan pengaruh orang tertentu dalam jabatan atau kementerian tersebut yang mana tindakannya mampu merubah/mempengaruhi keputusan pemilihan calon temuduga di sektor awam ini.

Apa yang boleh saya katakan adalah: inilah orang yang tidak jujur dan mampu merosakkan krediabiliti sesebuah jabatan/kementerian/organisasi. Disebabkan tindakan mereka, calon-calon temuduga yang lain merasa tawar hati dan dianiaya. Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan pemohon kerja di sektor awam kepada sektor kerajaan. “Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga”. Disebabkan inilah ramai calon yang gagal temuduga berkata “Aku takdak kabel macam mana nak dapat.. Lain la Abu tu, dia pakai kabel besar sikit punya besar”. Apabila gagal saja, inilah persepsi yang diberikan mereka. Bukan salah mereka, tetapi salah orang tertentu yang tidak jujur dan tidak amanah. Kalau kita ada kabel, agak-agak kita pun nak guna sama tak. Biasalah manusia. Ya tak? ;-)

Akan tetapi sejauh mana keberkesanan dengan menggunakan KABEL ini?

Adakah ianya 100% berkesan? Sama sekali tidak! Berdasarkan kajian dari pakar, penggunaan ‘kabel’ ini amat berkesan hanya jika permohonan jawatan sektor awam adalah bukan dari persekutuan. Bukan semua, tapi ada la… Ianya ada melibatkan jawatan untuk pihak berkuasa tempatan, di universiti, dan lain-lain. Sejauh mana kebenarannya, saya sendiri tidak tahu. Dilaporkan, calon temuduga yang ada saudara-mara yang berpengaruh (orang dalam) dalam sektor awam, akan cuba menggunakan pengaruh saudara-mara mereka untuk membantu kejayaan mereka semasa temuduga. Kadang kala, tidak hairanlah jika kita terjumpa kakitangan yang ada hubungan saudara dalam satu pejabat. Inilah hasilnya dengan menggunakan ‘kabel’

Akan tetapi adakah semuanya menggunakan kabel untuk memohon jawatan dalam sektor yang disebut tadi? Sudah tentu tidak. Sebenarnya kebanyakan penjawat yang dipilih adalah berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kelayakan mereka. Jika semua jawatan diberikan kepada orang yang tidak layak, bagaimana pula sesuatu organisasi dapat berjalan..Cuba anda fikir-fikirkan..

Sekarang saya bercerita pula mengenai penggunaan ‘kabel’ dalam temuduga bagi sektor awam di peringkat persekutuan. Anda setuju tak jika dikatakan bahawa ianya amat-amat tidak berkesan? Ya, tidak berkesan! Mengapa? Kerana pemilihan adalah dikawal dengan ketat dan telus oleh pegawai-pegawai berkenaan. Mereka amat mementingkan kualiti, kejujuran dan integriti dalam proses pemilihan calon. Jadi tidak hairanlah jika calon itu menggunakan kabel ‘sebesar manapun’ mereka tetap tidak akan berjaya.

Tidak kira berjaya atau tidak, soalan saya kepada anda adalah
“Sanggupkah anda memperolehi kerja dengan cara yang tidak jujur, dimana ianya akan menjadi sumber rezeki utama bagi anda sehingga masa tua anda”

Apapun jawapan anda, renung-renungkanlah…

Dalam Islam, kita dinasihatkan untuk mencari rezeki dengan cara yang halal dan tidak shubhah. Rezeki Allah ada di mana-mana saja, terpulang kepada kita untuk mencarinya.

Biarkan orang lain dengan ‘kabelnya’. Usah anda terlalu memikirkannya kerana ianya memberikan perasaan tidak puas hati dan kecewa kepada diri anda saja. Lapangkan hati anda untuk meneruskan kehidupan yang dianugerahi pelbagai sumber rezeki melimpah ruah dari Allah ini.

Itu saja yang dapat saya kongsikan untuk anda.

Apapun anda boleh memberikan komen, pandangan ataupun nasihat berkenaan topik ini supaya dapat dibaca dan dikongsikan oleh pembaca-pembaca lain.