Monday, April 19, 2010

"Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?"

Mungkin anda pernah ditanya soalan sebegini dan juga mungkin juga tidak. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan, soalan ini memang popular ditanya oleh panel penemuduga semasa sesi temuduga.

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba anda cuba menjawabnya sekarang. Jawab, jawab…. Pasti anda teragak-agak untuk menjawabnya, kan? Anda pasti terfikir seperti ini :

“Apalah aku nak jawab ni, hah? Takkan nak puji diri sendiri kot, nanti orang kata masuk bakul angkat sendiri pula”

Kebanyakkan calon temuduga gagal ketika menjawab soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini :

“Saya memang minat kerja ni, saya memang patut dapat”

“Saya memiliki CGPA tinggi, atas dari 3. Memang saya rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA tinggi macam ni di universiti.”

“Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama juga macam saya mohon ni, jadi saya memang dah tahu bagaimana kerja ni.”

“Saya memang minat dengan kerja ni dari dulu. Memang cita-cita saya dari zaman sekolah lagi.”

Dan banyak lagi jawapan yang kurang tepat diberikan oleh calon.















Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga.

Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya?

Jadi jawapan anda seharusnya begini :

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap keyakinan dan jati diri yang jitu, serta berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang yang menjalankan tugas secara teratur. Dimana setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya berpegang pada kata hikmat "GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL."

• Akhir sekali saya seorang pekerja yang berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh-contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang saya berikan.

Semoga tips kali ini dapat menyediakan diri kita dengan lebih baik semasa temuduga kelak. Apapun, persediaan sebelum temuduga adalah amat penting dibuat oleh kita.

Yang penting, kita telah membuat persediaan, keputusan samada lulus atau gagal, kita berserah kepada-Nya. Dan ingat, jangan pula jadikan kegagalan sebagai pelemah semangat untuk kita berjaya dalam hidup. Kita hanya mampu berusaha, ALLAH yang menentukannya.

No comments:

Post a Comment