Wednesday, May 12, 2010

Anda Beremosi Semasa Sesi Temuduga?












Kita sering dengar di mana calon-calon temuduga beremosi semasa dalam sesi temuduga. Contohnya:

1. Calon naik marah apabila terasa dipermain-mainkan oleh panel penemuduga.. Psiko sikit dan melenting!

2. Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga.

3. Calon merasakan diri mereka sangat hebat sehingga memperlekeh-lekehkan panel penemuduga.

4. Calon terlalu sedih menceritakan kesusahan hidup, sehingga merayu-rayu kepada panel “tolonglah encik… kasihanilah saya encik” sambil menangis teresak-esak..

5. Calon amat berlagak, menceritakan dia anak Datuk, saudara menteri, ada kabel baik punya…

6. Calon memuncungkan bibir apabila tidak suka akan panel yang menemuduga kerana bagi soalan power.

7. Dan bermacam-macam ragam lagi la…

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya kita akan ditanyakan soalan-soalan yang kita kurang bersedia dan mampu menyentuh emosi kita. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah ‘mencabar’ kewibawaan kita. Senang cerita ‘psiko’ la tu…
Apa yang perlu kita lakukan adalah :

1. Ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang menguji kita. Umpama orang yang sedang berlakon drama. Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat bagaimana reaksi kita. Dari situ mereka boleh menilai akan keperibadian diri kita yang sebenarnya. Adakah kita seorang yang sensitif, garang, bersabar, tenang dan lain-lain.

2. Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan berbentuk provokasi ini. Mengapa? Dengan berbuat sebegini, kita akan menjadi lebih berkeyakinan dan bersemangat dan tidak mudah diprovokasikan.

3. Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendahkan diri secara sederhana (jangan terlalu merendah diri). Hormati penemuduga kita, kerana merekalah yang menentukan samada kita berjaya atau tidak dalam temuduga tersebut.

4. Tenangkan diri kita sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan kita untuk membidas. Ambil masa sedikit sebelum menjawab soalan yang ditanya. Fikir betul-betul.

5. Banyakkan senyuman. Ya senyuman itu adalah penawar. Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan juga orang yang melihat senyuman kita.

6. Berikan penekanan dalam jawapan kita yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian kita yang tidak boleh dicapai orang lain. Kiranya kita rasakan kita memang berkelebihan dalam sesuatu bidang.

7. Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap pekerjaan yang ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap ‘excited’ kita kepada panel penemuduga. Penemuduga akan melihat kita sebagai seorang yang benar-benar inginkan jawatan yang dimohon.

Sekian untuk tips kali ini. Salam… ;-)

Monday, May 3, 2010

Gugup, gemuruh, gagap semasa ditemuduga?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!









Kali ni saya ingin berkongsi satu tips semasa menghadiri temuduga. Bagaimana ingin menghilangkan rasa nervous atau gugup/gemuruh semasa menghadiri temuduga nanti. Apa yang perlu anda buat apabila gemuruh adalah :

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa - fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!

2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang seterusnya.

3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat.

4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.

5. Lagi satu tips saya, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.

6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin.

Itu sajalah tips dari saya untuk menghilangkan rasa nervous, gugup atau pun gemuruh semasa temuduga nanti.

Semoga bermanfaat buat kita semua...

Anda Ditanya "Perkenalkan Diri Anda"

Topik kali ini adalah berkenaan….

“Perkenalkan Diri Anda”





Wah, kacangnya soalan….

Ya. Memang amat mudah soalannya…

Tapi, adakah anda mudah menjawabnya? Ok, mari kita baca di bawah ini:

Biasanya setelah anda duduk, panel penemuduga akan mula menyoal anda. Soalan pertama adalah “sila perkenalkan diri anda” ataupun “please introduce yourself”.

Bagaimana anda ingin menjawabnya? Soalannya memang mudah, akan tetapi adakah jawapan anda berikan memang ingin didengari oleh panel penemuduga sepenuhnya. Ada calon apabila ditanya soalan “kacang” ini, berbuih-buih mulut bercakap tanpa henti menceritakan perihal kehidupannya seolah-olah panel penemuduga itu hendak berkenalan sangat dengannya.

Sebenarnya yang paling penting adalah, anda hanya perlu menceritakan perihal keluarga anda sedikit saja. Yang paling ingin didengari oleh penemuduga di sini adalah mengenai bidang yang anda pelajari semasa di universiti ataupun kolej dan juga pengalaman bekerja anda, TIDAK KIRA APAPUN PEKERJAAN YANG PERNAH ANDA BUAT SEBELUM INI.

Tunjukkan yang kita komited dalam urusan kerja. Ini mampu merubah markah yang diberi oleh panel penemuduga tadi.

Saya ulangi lagi, apa yang perlu anda tumpukan semasa menjawab soalan ini adalah:

1. Perihal diri sedikit saja (jika anda orang susah, ceritakan sedikit kesusahan anda) - ada rahsianya :)

2. Subjek-subjek yang anda ambil semasa belajar dan kaitannya dengan pekerjaan yang anda mohon. Jangan sekadar teori saja.

3. Pengalaman bekerja anda. Jika baru grad, jangan katakan anda langsung tidak pernah bekerja. Kerja sambilan pun tidak mengapa... Pandai-pandai la... ;-)

Sekian saja dari saya…

Wednesday, April 21, 2010

Salah Anggapan Calon Temuduga

Biasanya, kita beranggapan kita sudah membuat yang terbaik semasa temuduga dan berasa yakin akan lulus temuduga tersebut sekiranya kita:







1. Memiliki kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma ataupun Sijil

Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA 3.5 atas yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika anda memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan tetapi tidak “menyerlah” semasa sesi temuduga anda juga boleh gagal. Ramai calon yang beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja kerajaan.

2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap Semasa Temuduga

Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap yang kita ucapkan haruslah berkaitan dengan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.

3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “peluang” Untuk Lulus Temuduga

Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan temuduga, tidak semestinya jika kita ditemuduga 30-45 minit menandakan kita berjaya. Semuanya bergantung kepada kualiti kita dalam proses temuduga tersebut samada dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri, kelayakan, bakat, kreatif , dan lain-lain lagi.

4. Ada Surat Sokongan/Kabel

Sekiranya kita memiliki kabel ataupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan. Ada kabel sahaja tidak berguna jika semasa temuduga menggelabah dan gagal menawan hati panel penemuduga. Daripada pemerhatian para pakar, kebanyakan calon yang berjaya dalam temuduga tersebut adalah mereka yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman. Apa yang sdiketahui, melalui temuduga SPA, boleh dikatakan tiada calon yang menggunakan kabel yang berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya calon tersebut memang benar-benar tidak layak. Lagipun, cuba kita fikirkan, kita mahukan pekerjaan yang tetap secara halal dan bersih serta juga adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat pekerjaan tetap secara tidak bersih dan tidak jujur?

5. Senang Saja Soalan Yang Ditanya

Ini satu lagi anggapan salah yang sering difikirkan oleh calon. Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yang ditanya kita akan lulus temuduga tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat menjawab soalan yang berjaya dalam temuduga tersebut. Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya.. Jika soalan ditanya contohnya “Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5? Adakah anda jawab Datuk Seri Najib Razak? Fikir-fikirkanlah cara anda menjawab yang sesuai…

6. Panel Penemuduga Sukakan Saya

Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu… Ini semua taktik saja... Hehe... Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria. Ada 2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar disukai atau mereka sekadar menjaga hati kita saja. Jadi jangan la gembira sangat tau… ;-)

Kesimpulan :

Tidak salah kita beranggapan kita akan berjaya berdasarkan dengan anggapan-anggapan yang telah dinyatakan di atas. Ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dan berfikiran positif selalu.

Akan tetapi, kita tidak boleh pula terlalu yakin..Kelak, jika keputusan yang keluar adalah mengecewakan frust menonggeng pula kita, kan.. Jadi walau apapun, kita hendaklah membuat yang terbaik untuk sesi temuduga tersebut dan jangan lupa berdoa kepada ALLAH semoga kita akan memeperoleh kejayaan dalam temuduga tersebut.

Sekian saja informasi kali ini. Terima kasih. ;-)

Soalan Apa Yang Ditanya Oleh Penemuduga?












Adakah anda boleh meramalkan apakah soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga kelak? Tidak boleh! Tidak, anda sebenarnya boleh meramalkan soalan yang bakal ditanya semasa temuduga nanti. Di sini saya memberikan beberapa tips khusus bagaimana untuk meneka soalan yang ditanya oleh penemuduga.

Tips 1 – Ketahui Dan Fahami Apakah Bidang Kerjaya Anda

Tahukah anda bahawa kebanyakan penemuduga sering bertanya mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan menyoal kita habis-habisan mengenai kerjaya semasa anda. Kadang-kala soalan-soalan yangditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian temuduga

Tips 2 – Peka Terhadap Isu Semasa Dan Pengetahuan Am.

Ini adalah merupakan antara yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Jadi, anda dapat mengetahui bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa anda sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

Tips 3 - Bertanya Pada Mereka Yang Ada Pengalaman Temuduga Kerja Kerajaan.

Ya, hal ni juga tidak kurang pentingnya dalam menjangka soalan temuduga yang bakal anda hadapi. Cuba anda bertanya pada rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka semasa mereka menghadiri temuduga tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda Manatahu soalan tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya kepada anda. Sudah pasti anda dapat menjawabnya.

Tips 4 – Menganggap Diri Sendiri Sebagai Penemuduga.

Haha, tips ni agak istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Cuba anda bayangkan, sebagai seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah anda akan bertanyakan latar belakangnya, pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya,..dan lain-lain. Ini boleh anda bayangkan…

Tips 5 – Baca E-book Temuduga Kerja Kerajaan.

Sambil bagi tips sambil promote. Ebook ini akan membantu anda meramalkan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga. Terdapat 70 koleksi skema soalan dan jawapan yang biasa ditanya dalam temuduga. Juga ebook Teknik Menjawab Soalan Temuduga, ianya amat bagus untuk anda baca. Sudah banyak yang menghantar email bahawa hampir 50 – 70% soalan yang ditanya semasa temuduga hampir sama dengan apa yang ada dalam panduan ini. Maklumat lanjut sila KLIK SINI

Ok, sekian saja tips saya kali ini. Kepada sesiapa yang bakal menghadiri temuduga tu, saya ucapkan Selamat Maju Jaya dan saya berdoa agar anda berjaya.

Temuduga Dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?




















Hari ni saya nak cerita satu topik penting iaitu Dalam Temuduga Kena BM ke BI?

Ni antara soalan yang famous yang sering ditanya ramai. Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap ‘YES/ NO’ saja… hehehe…

Dalam temuduga kerja kerajaan, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). Panel penemuduga akan menyoal anda dalam BI. Mungkin bukan 100% BI tapi biasanya dalam 30 -70 % BI akan digunakan.

Mengapa dalam kerja kerajaan ni interview dalam BI? Kan dalam sektor awam BM amat diutamakan?

Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi BI juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan-urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan-urusan dokumentasi dan sebagainya.

Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam-macam bangsa, bermacam-macam ragam orang. Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, BI digunakan…

Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa BI penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, anda akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris..

Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk….

Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut?

· Tatabahasanya?

· Komunikasinya?

· Pemahamannya?

Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah
“MAMPUKAH KITA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?”

Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris seperti omputih dalam TV tu..

Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam Inggeris… Hentam sajalah!

Jika anda ditanya soalan dalam BI, maka jawablah dalam BI. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya
“What is your name?” anda jawab “Nama saya Joyah bt Abu”

Biasanya soalan paling famous ditanya dalam BI ini adalah :
“Please Introduce Yourself”.
Soalan ni memang la kacang… Tapi adakah kita mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat-ingatlah sikit…

Tu baru soalan yang ‘simple-simple’. Belum soalan susah lagi… Jika anda ditanya soalan seperti ini : “What do you know about PIN (Pelan Integriti Nasional)? Please explain….
”Haaaaaa…Camne nak jawab beb? Berbelit-belit lidah nak menerangkannya nanti…

Apapun jika kita sememangnya lemah dalam BI, memang akan bermasalah…

Kenapa kebanyakkan kita ni lemah dalam BI ha? Padahal kita belajar BI ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggalah ke 23 tahun… Nak dekat 20 tahun belajar BI tapi tak reti-reti cakap BI…Apa salahnya…? Diri sendiri yang tahu ;-)

So, apakah persediaan BI anda untuk menghadiri temuduga? Di sini ada beberapa kaedah:

1. Baca paper BI setiap hari. Tak perlu banyak.

2. Tak faham makna buka kamus… Jangan malas…

3. Dengar lagu Inggeris… Tak kira la rap ke, rock ke…

4. Tonton movie BI – yang ada subtitle BM dan BI… Syok ni, sambil berhibur kita belajar…

5. Bercakap BI dengan kawan-kawan secara melawak… Tak kisah la ayatnya tunggang-langgang… Ini banyak membantu…

6. Bercakap dalam BI depan cermin… Ini cara belajar juga ni… ;-)

7. Belajar basic grammar saja, past tense dengan present tense pun dah cukup :)

8. Jangan baca buku BI yang tebal-tebal macam buku teks tu.. Pening nanti…

9. Dan bermacam-macam cara lagi yang boleh kita buat.

Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu untuk masa depan dan juga kehidupan seharian…

Di sini ada SATU PANDUAN UNTUK MAHIR DALAM BERCAKAP BAHASA. Mungkin kaedah yang dipekenalkan ini dapat membantu kita semua dalam menguasai Bahasa Inggeris. Siapa tahu? Anda boleh klik iklan di sebelah untuk baca info selanjutnya. Atau KLIK SINI

Sekian saja tips kali ni... Jumpa lagi… (^_^)/

Antara Sebab Kita Gagal....

Siapapun amat sukakan kerja kerajaan kerana jumlah elaun dan kestabilan pekerjaannya! Tetapi banyak yang gagal untuk melepasi halangan temuduga sebelum diserapkan di dalam sektor awam ini. Mengapa? Sanggupkah anda biarkan peluang anda terlepas begitu sahaja? Tidak kisahlah walaupun jawatan sebagai kerani kerajaan. Semuanya memerlukan kemahiran menjawab soalan temuduga untuk lulus dengan cemerlang. Bukan kabel yang besar, ijazah yang berlipat-lipat. Jika anda terketar-ketar, tidak bersedia ditemuduga, anda masih juga gagal. Beberapa sebab telah dikenalpasti menjadi punca mengapa masalah itu berlaku. Antaranya :








· calon tidak mengadakan persediaan yang secukupnya utk menghadiri temuduga

· kurang pendedahan dengan situasi seperti itu

· kurang keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri

· tidak memahami kod etika berpakaian ketika menghadiri temuduga

· gagal menyiapkan diri untuk menjadi pendengar dan penjawab soalan yang baik

· kurang tumpuan

· terlalu berserah pada takdir

· terlalu yakin sehingga merendahkan penemuduga

· tidak mahu belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman

· kurang memahami etika atau adab ketika menghadiri temuduga

· tiada inisiatif sendiri untuk mengadakan latihan-tubi

· dan banyak lagi sebab yang patut kita elakkan

Setakat ini dulu untuk kali ini............. Salam ;-)


Monday, April 19, 2010

"Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?"

Mungkin anda pernah ditanya soalan sebegini dan juga mungkin juga tidak. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan, soalan ini memang popular ditanya oleh panel penemuduga semasa sesi temuduga.

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba anda cuba menjawabnya sekarang. Jawab, jawab…. Pasti anda teragak-agak untuk menjawabnya, kan? Anda pasti terfikir seperti ini :

“Apalah aku nak jawab ni, hah? Takkan nak puji diri sendiri kot, nanti orang kata masuk bakul angkat sendiri pula”

Kebanyakkan calon temuduga gagal ketika menjawab soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini :

“Saya memang minat kerja ni, saya memang patut dapat”

“Saya memiliki CGPA tinggi, atas dari 3. Memang saya rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA tinggi macam ni di universiti.”

“Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama juga macam saya mohon ni, jadi saya memang dah tahu bagaimana kerja ni.”

“Saya memang minat dengan kerja ni dari dulu. Memang cita-cita saya dari zaman sekolah lagi.”

Dan banyak lagi jawapan yang kurang tepat diberikan oleh calon.















Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini:

“Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini?”

Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga.

Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya?

Jadi jawapan anda seharusnya begini :

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah yang sukar.

• Saya juga seorang yang mempunyai tahap keyakinan dan jati diri yang jitu, serta berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan baik.

• Saya mampu bekerja secara berpasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan saya.

• Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang yang menjalankan tugas secara teratur. Dimana setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya berpegang pada kata hikmat "GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL."

• Akhir sekali saya seorang pekerja yang berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh-contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang saya berikan.

Semoga tips kali ini dapat menyediakan diri kita dengan lebih baik semasa temuduga kelak. Apapun, persediaan sebelum temuduga adalah amat penting dibuat oleh kita.

Yang penting, kita telah membuat persediaan, keputusan samada lulus atau gagal, kita berserah kepada-Nya. Dan ingat, jangan pula jadikan kegagalan sebagai pelemah semangat untuk kita berjaya dalam hidup. Kita hanya mampu berusaha, ALLAH yang menentukannya.