Biasanya, kita beranggapan kita sudah membuat yang terbaik semasa temuduga dan berasa yakin akan lulus temuduga tersebut sekiranya kita:
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJth54-L0G5DW524GWeag61V2snaGEXMWDTN8dN5EFFWBCEcb0wIPUwz-6WfeToVpa8kcTcA4YVgpYyLZ6DGWOCahlWmHGEBP4Dtv549pc4Qoc4XLedjOtmURrnJYn64yk_TW6678cBww/s400/Aggapan.png)
1. Memiliki kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma ataupun Sijil
Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA 3.5 atas yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika anda memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan tetapi tidak “menyerlah” semasa sesi temuduga anda juga boleh gagal. Ramai calon yang beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja kerajaan.
2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap Semasa Temuduga
Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap yang kita ucapkan haruslah berkaitan dengan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.
3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “peluang” Untuk Lulus Temuduga
4.
Sekiranya kita memiliki kabel ataupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan.
5. Senang Saja Soalan Yang Ditanya
Ini satu lagi anggapan salah yang sering difikirkan oleh calon. Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yang ditanya kita akan lulus temuduga tersebut.
6. Panel Penemuduga Sukakan Saya
Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu… Ini semua taktik saja... Hehe... Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria.
Kesimpulan :
Tidak salah kita beranggapan kita akan berjaya berdasarkan dengan anggapan-anggapan yang telah dinyatakan di atas. Ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dan berfikiran positif selalu.
Akan tetapi, kita tidak boleh pula terlalu yakin..Kelak, jika keputusan yang keluar adalah mengecewakan frust menonggeng pula kita,
Sekian saja informasi kali ini. Terima kasih. ;-)
No comments:
Post a Comment